Assalamualaikum semua.. petang2 ni, dengan cuaca mendung.. yang tinggal kat umah hanya umidanish dan danish sahaja.. Abidanish??? dah keluar tengahari tadi ke Kelana Jaya berkampung disana untuk minggu terakhir bersama doktor2 dan staff nurse yang terpilih tahun ni menyumbangkan tenaga ke jalan Allah.. Insyaallah..
Melayan karenah si kecil menonton movie cerita Toy Story mengajarnya menyayangi barang permainannya.. Dari sekarang kita kene beritahunya bahawa segala barang permainan miliknya perlu disayang dan dijaga tanpa merosakkannya. Memang betul, ada kanak2 yang sangat pintar dan suka mengetahui apa yang ada di dalam pintu kereta maka di cabut/cungkil cerminnya.. Macamtu la danish umi.. Ada sahaja kerja dia..
Tapi bila tengok cerita ni berdua dan umi cube terangkan cara menyayangi barang2 miliknya.. walaupun dia masih kecil tp seolah2 memahami apa maksud umi.. Permainan adalah salah satu aktiviti baik untuk menguji minda kanak2.. so pilihla barang yang bermutu dan mendatangkan faedah kepada mereka agar mereka dapat mempelajari sesuatu sebagai ilmu..
1 comments:
SALAM HARI MINGGU..
DARI MAINAN PUN BLEH BUAT SESI PEMBELAJARAN KAN.. ^_^
Catat Ulasan