PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Khamis, 18 Mac 2010

Ayah dan ibu.. ayah dan ibu... itula permulaan kami..

harini umi terbaca satu kisah yg boleh jd tauladan utk kita semua.. betapa kasihnya seorang ibu.. begitula kita sebagai anak2 tidak kira kita lelaki atau pempuan sayangilah ibu bapa kita seadanya.. kerana lahirnya kita didunia ini tanpa jantina yg sahih dari dalam perut ibu.. mereka tetap menerima kita seadanya dan sayang kita tak berbelah bagi.. jadi, kita sebagai anak patut merasa sama apa yg mereka rasa.. kerana kita semua akan menjadi ibu dan bapa yang tak selamanya muda sentiasa..

Duhai anak ku, bacalah kisah ini.. moga menjadi tauladan untuk mu sebagai panduan.. umi doakan agar danish menjadi anak yg soleh.. amin.. huhuhuhu.. jom kengkawan kita berkongsi apa yg ada..

Anak-anakku, Jika mama boleh memilih apakah badan mama langsing atau besar mengandungkan kamu, Mama pilih untuk mengandungkanmu. Kerana ketika mama mengandungkan kamu, mama merasakan nikmat dan keajaiban ciptaan Allah yang tidak terkira walau apapun perangaimu di dalam kandungan. 9 bulan 10 hari anak-anak ikut kemana mama pergi, 9 bulan nak..

Setiap kali mama bangun dari katil, sepertilah mengangkat beban yang berat, seperti orang cacat yang parah.. Tak tertelan makan dan minum ketika alah.. Sewaktu melahirkan kamu datang kepada mama sakit yang segala macam sakit dan derita asal kamu dilahirkan selamat. Tak boleh kira dan hitung, rasa takut seperti haiwan korban yang menunggu untuk dikorbankan. Setelah kamu lahir, tak terkira jua kebahagiaan dan senyuman menatap wajahmu, tak kira jua apa warna kulitmu, bagaimana kemek hidungmu. Segala yang manis dan pahit mama telan nak.

Mama tahan perasaan panas, sejuk atau apa2 tanpa ceritakan pada anak-anak. Mama letakkan kamu di tempat yang kering, dan sanggup tidur di tempat yang basah, di atas air kencingmu asalkan tidur anak-anak selesa. Mama susukan kamu dengan penuh kasih dan sayang, serta menjaga kamu tanpa mengeluh.

Jadi anak-anak, Ketika mama sudah tua, mama bukan lagi mama yang dulu. Mengertilah, bersabarlah sedikit jika mama buat perangai, seperti mama bersabar melayan kamu merengek ketika kamu kecil. ketika mama berulang-ulang kata pada kamu, dan kamu bosan mendengarnya, sabarlah nak, jangan putuskan kata-kata mama.. Kerana ketika kamu kecil, mama selalu ulang-ulangkan dan beribu ribu kali bercerita seperti yang kamu minta sehingga kamu tertidur. Ketika mama memerlukan kamu untuk memandikan, janganlah anak-anak marah pada mama. Ingatkah ketika kecil bermacam perkara untuk memujukmu mandi dan menggosok gigi?

Ketika waktu itu mama sudah tidak berteknologi seperti kamu, janganlah kamu mengejek dan menghina mama ya. Fikirkan sejenak bagaimana mama menjawab setiap pertanyaan “mengapa” dari kamu ketika kecil berulang-ulang tanpa jemu. Ketika mama sudah tidak boleh berjalan, hulurkan tanganmu yang masih kuat memapah mama. Seperti mama memapahmu ketika kamu mula-mula berjalan. Ketika kulit mama sudah berkedut dan tidak manis dipandang matamu, janganlah kamu membenci melihat muka mama nak. Kerana mama tidak akan ada perasaan itu bagaimana pun rupa kamu ketika kecil.

Anak-anak, mama tidak minta lebih. Cuma kasih sayang kalian sehingga mama tutup mata. Peganglah kalian ke jalan Allah. InsyaAllah, hati kalian tenang utk berbuat baik dan hormatkan ibu bapamu sendiri.


























6 comments:

wan sujaihah berkata...

malam ni kena baca ni..citer tauladan memang dapat mengisafkan kita kan..

Intan berkata...

Soooo touchyyy!

Betul apa yg di katakan...semoga anak2 kita akan menyayangi dan menjaga kita sebagaimana kasih dan sayang nya kita menjaga mereka semasa kecil...hu hu...amin!

[-suziey-] berkata...

huhu..sedeynya..begitula kasihnya seorg ibu kan..bila kita dh jadi ibu ni mdh sgt tersentuh bila bc kisah2 camni..sbb klita dh rs camne perasaan menjadi ibu..

UmiDAnisH berkata...

wan saujihah:
baca jgn x baca tau..

UmiDAnisH berkata...

Ibu arissa:
Memang menyentuh perasaan.. moga anak2 kita anak yg soleh dan solehah..

UmiDAnisH berkata...

suziey:
Yelah, bila da melahirkan sdri baru kita rasa sebenarnya erti pengorbanan.. memang sungguh ku pun tersentuh sgt2...harap anak2 kita menjadi anak yg soleh