Bismillahirrohmanirrohim..
Bicara tentang hati.. Siapa suka makan hati ayam? Hati Lembu?? Atau yang memang selalu makan hati? =)Dalam maknanya kan? Biarlah hati kita milik Allah.. InsyaAllah Allah mudahkan, Allah lapangkan.. Sebab itu janji Allah pada setiap hambaNya yang taat.
Petang tadi ibubapa uMiIzz sampai dari Johor.. Rasanya melihat mereka didepan mata cukup membahagiakan, walaupun penat tidak hilang sepulang dari kerja kerana dipejabat pun penuh bertimbun kerja-kerja yang perlu diselesaikan. UmiIzz tetap sediakan menu malam untuk mereka santap.. Dan perasaan penat ditempat kerja terus hilang bila melihat wajah insan yang melahir dan membesarkan.. Ajaibkan??
Sebagai seorang wanita bergelar isteri dan anak, tanggungjawab kita lebih kepada suami dan ibu bapa suami. Alhamdulillah, setiap minggu umiIzz melawat mertua. Namun hati ini tidak pernah sekelumit melupakan kasih ibu dan ayah dikampung yang penat lelahnya dahulu membesarkan umiIzz sebagai anak perempuan tunggal kesayangan. Walaupun ada adik-adik lain, namun umiIzz tetap dimanjakan kerana umiIzz seorang perempuan.
Dimanjakan bukan bermaksud, diberi kasih sayang kebebasan tetapi dimanjakan dengan didikan agama, disiplin yang alhamdulillah membentuk diri umiIzz sekarang. Tidaklah bermakna umiIzz ini terlalu baik dan hebat tetapi terapan ilmu agama dari mereka membuatkan umi rasa bersyukur yang amat. Kesedihan umiIzz terubat dengan laguan al Quran, kepayahan umiIzz usahakan dengan bersyukur dengan apa yang Allah berikan.
Bersederhana dan berusaha lebih juga hasil dari didikan mereka, alhamdulillah.. Sayangnya, ada diantara kita di didik dengan kealpaan, dimanja dengan salah kasih sayang hingga anak tiada disiplin diri malah tidak tahu perasaan malu dan memahami perasaan orang lain. Bila dewasa anak itu, mereka berkahwin.. pasangannya pula disalahkan kerana anak itu tiada perasaan untuk melunaskan tanggungjawab sebagai anak. Owh kejamnya ibubapa sebegitu.
Sebagai ibubapa, kita lah pencorak masa depan anak-anak kita. Doakan selalu mereka bahagia dunia akhirat dan menjadi anak yang soleh. Perilaku mereka ketika besar adalah cerminan didikan kita semasa mereka kecil. Jika kita rasa anak-anak itu telah kita didik dengan sempurna, anggablah kealpaana anak-anak itu sebagai ujian Allah kepada kesabaran kita didunia.
Ya Allah, jadikan kami ibubapa yang bertanggungjawab. Jadikan kami ibubapa yang penyayang dan jadikan kami ibubapa yang penyabar. Semoga hari tua kami tidak membebankan anak-anak kami malah anak-anak kami memelihara kami hingga hayat kami dengan rahmatMu. Amin
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136
Salam sayang dari,
0 comments:
Catat Ulasan