PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Jumaat, 14 Mac 2014

MH370 perlukan doa kita dan kita perlukan keampunan dari Allah



Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bismillahirrohmanirrrohim..

Berdoalah, ianya senjata mukmin sebenar. Siapapun kamu.. jika benar-benar kamu bersungguh-sungguh berdoa disertakan usaha dan tawakal pada Allah SWT, doamu akan dimakbulkan Allah, lambat atau cepat itu adalah perancanganNya yang terbaik buat kita.




Kejadian yang menimpa negara kita dengan keadaan cuaca yang sebelum ini hujan hingga banjir dibeberapa kawasan disusuli kesejukan yang mendadak secara tiba-tiba dan panas hingga kekeringan malah terbaru kehilangan pesawat MH370 adalah petunjuk kepada kita bahawa perjalanan kita semakin tiba kepenghujungnya dan Allah mahu berikan kesedaran dan keinsafan dikalangan umatNya.

Sebagai hambaNya, umiIzz turut berasa sedih dan hiba dengan nasib mereka yang terlibat dalam pesawat MH370. Namun siapa kita untuk bertanya kenapa semua ini terjadi??

Yang mampu kita lakukan adalah berdoa, biar mereka berusaha mencari dan kita doakan agar perjalanan menyelesaikan semua ini dipermudahkan. Satu pesanan umiIzz, apa yang terjadi.. janganlah kita menuduh atau menuding jari kearah orang lain tapi kita renung kembali dimana silap kita sendiri.

Bermohonlah pada Allah, agar diampunkan dosa-dosa kita. Moga dengan kesungguhan kita memohon ampun, Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua. Agar perjalanan urusan kita menyelesaikan sesuatu Allah  mudahkan dan Allah tunjuk jalan.

UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911 Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

0 comments: