Salam jumaat semua.. korang pekabo.. huhuh.. umidanish kebizian minggu ni dan mencuri masa utk berblogging.. esok kami ke PD utk berseronok.. yihaaa... sebelum tu, umidanish nak cite sikit kisah anak2 zaman sekarang.. kalau korang tengok, kekejaman makin menjadi2.. sanggub berbunuhan demi memuaskan hati masing2, bukan saja dengan adik beradik malah ibu bapa dan datuk nenek pun sanggub dibunuh.. yelah, diorg tu da tua.. apala sangat kudrat diorg berbanding kita yg muda remaja ni.. Korang rasa salah siapa?????
Umi tak tahu salah siapa... dalam hal ni, dua2 pihak salah.. kalau kita bela mereka dengan kasih sayang, mereka gunakan kasih sayang kita itu sebagai punca kejadian.. dan kalau kita bela mereka dengan perkara negetif, perkara ini pun menjadi alasan dan dibalikkan kepada kita sebagai ibu bapa..
contoHnya.. rabu haritu umidanish ke klinik kerana mengalami cherry berry.. sedang menuggu turn utk jumpa doktor.. ada la seorang lelaki masuk membawa seorang anak lelaki berusia 2 tahun.. comel.. dan sorang lagi budak lelaki jugak berusia 7tahun.. (mana umitahu??? umi dgr dia bgtahu umur anak dia pada nurse)
sedang si ayah p daftar.. si anak yg demam yg berusia 7thn tu menangis2 merengek2 tanda sakit yg amat.. sibapa sedang pujuk namun si anak makin menjadi2.. daftar masih tak habis tp si anak mengusukkan keadaan sibapa dan dek kerana tak tahan dengar si anak merengek2 sibapa terus menengking dengan berkata
bapa : "diamla haikal (bukan nama sebenar) kang aku tumbuk muka kau nanti"
anak : terus merengek2
bapa : kalau sakit tu, diamla, lagi bising lagi sakit..
sehinggalah selesai pendaftaran sibapa tetap bising marah2 dan si anak tetap berdegil merengek sakit.. bila ank diam sibapa memangku kepala si anak dan mengurut2 kepala sianak.. persoalan umi, macam ni ke caranya kita bertutur dengan anak kita???? aduhaiiiiii
Jadi salah siapa kalau anak2 itu nanti bila besar menjadi kurang adab sopaN?? jom layan berita metro kat bawah ni.. berkaitan.. kisah budak yang membunuh seorang datuk dek kerana tak dapat duit rm100 yg diminta..
KUALA LUMPUR: Tindakan memanjakan anak serta cucu secara berlebihan boleh menyebabkan mereka menjadi tidak beradab, sekali gus menyebabkan mudahnya berlaku keruntuhan akhlak.
Mengulas kejadian seorang cucu yang sanggup memukul datuknya sehingga mati gara-gara tidak diberikan wang, Pakar Motivasi, Dr Rubiah K Hamzah berkata, cucu terbabit hilang prinsip untuk menghormati orang tua kerana tidak mendapat asuhan agama dengan sempurna.
“Jika ingin memanjakan anak atau cucu biarlah manja yang bertempat dan tidak keterlaluan. Sayang itu biar beradab kerana jika hilang adab anak itu akan menjadi biadap menyebabkan mereka memandang rendah pada orang tua.
“Ini bukan kes pertama membabitkan cucu membunuh datuk sendiri. Sering kita dengar kasih sayang datuk dan nenek melebihi kedua-dua orang tua sendiri namun anak perlu dididik dengan disiplin. Disebabkan terlalu manja dan kemahuan sentiasa dituruti mereka mudah besar kepala, namun sudah terlewat untuk dibentuk ketika dewasa,” katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya, anak perlu diasuh dengan didikan agama yang kuat selain kedua orang tua perlu menjadi acuan kepada pembentukan peribadi dan akhlak anak.
“Kasih sayang adalah anugerah Allah namun, biarlah dicurahkan secara berprinsip,” katanya.
Salam sayang dari,
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..
4 comments:
uish ganas btl si bapak tu..hmmm ye la..kena jaga tuturkata agr ank tu membesar dgn kata2 yg baik je dr kita..so dia akn terikt..klu kecik2 dh ganas2 camtu xmustahil ank pn jadi kurang ajar
suziey:
betul2.. kata2 ibubapa adalah satu doa untuk anak2.. lebih2 lagi ibu yg melahirkan.. jadi berwaspadala bila berkata2 dengan anak
uit kekdg aku tension pun terkuar gaks ayat2 gituz...heheheh ye lah kekdg hilang gaks kesabaran...mungkin si bapa x sengaja...mmm tpi mmg takut la ngan budak2 skg...takut bila pikir..kalo x pikir lagi takut...
wah alin happy holiday yea...
salam umidanish,
if berkelapangan, jom join contest di blog sy... tq!
Catat Ulasan