PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 14 Januari 2014

Hari ini Maulidur Rasul 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..


Alhamdulillah, dapat lagi Allah izin menyambut hari lahir keputeraan Baginda Nabi Muhammad SAW kekasih Allah. Malam tadi rasa tenang dan sayu je seoalah2 perasaan itu hadir pada malam menyambut raya Aidilfitri dengan ayah dan ibu di kampung, tidak tidur malam menyiapkan menu esok hari dengan alunan takbir.


Baginda Rasulullah Allah utuskan buat kita sebagai nabi akhir zaman yang menyampaikan amanat agama Allah dengan pelbagai rintangan dan cabaran untuk menyebarkan dakwah hingga berjaya. Sifatnya yang terpuji menjadi teladan seluruh umat islam. Tiada yang mazmumah dalam dirinya melainkan mahmudah berbeza kita dizaman serba moden namun pada saya adalah zaman akhir dunia, amalan mahmudah dicampurkan sebati dengan mazmudah. Tak perlu kata siapa, saya sendiri mungkin adalah sebahagian. (''_)

Sungguh kita sebagai umat yang paling dikasihi nabi hingga saat terakhir Baginda, Baginda menyebut-nyebut umatnya. Kasih nabi pada umatnya tidak dapat ditandingi oleh kasih kita kepada nabi... Peribadi Nabi Muhammad dalam keadaan apa pun tetap menjadi contoh ikutan sebagai sunnah. Malah, perniagaan Baginda Nabi juga adalah yang paling bersih dan patut dicontohi.

Justeru itu, kita sebagai umat akhir zaman.. Amalkanlah selawat keatas Nabi junjungan selalu. Ajarkan anak-anak anda berselawat dan kenalkan mereka Nabi kekasih Allah serta perjuangan Nabi Muhammad menegakkan syiar islam.

Sebelum saya akhiri penulisan ini, jom kita sama-sama selawat keatas nabi. Indahnya alunan memuji seindah peribadi Baginda Nabi Muhammad.



Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

1 comments:

d0tbl0gsp0td0tk0m berkata...

selamat utk untuk tuan belog dan keluarga.....