PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Jumaat, 18 Jun 2010

Korang betul2 jujur tak???

Bismillahirrohmanirrohim...

Jujur pada diri ku... bila kau tak lagi cinta... tinggalkan la aku.. bila tak mungkin lagi bersama... ekeke, jiwang plak pepagi...

hohoho.. tiada kaitan antara yg hidup mahupun yang telah pergi...alhamdulillah kita da sampai pada hari jumaat lagi hari ini, dan syukur juga masih bernafas dan dapat menginsafi diri dengan keadaaan keliling yg banYAk memberi pengajaran.. arini uMi nak berkongsi cerita berkenaan jujur.. cewah cam ustazah pulak..

jom layan sedikit ilmu yg ingin umi kongsikan pada hari jumaat ni;


SETIAP individu Muslim sangat dituntut memperhiaskan hati dengan sifat jujur atau benar dalam semua perkara. Kejujuran adalah sifat terpuji nabi dan akan membawa ke arah kebaikan serta keselamatan hidup di dunia dan akhirat yang kekal abadi.

Mengenai perkara ini Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya sifat benar (jujur) itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan ini membawa ke syurga dan seseorang itu akan terus bersifat benar sehinggalah beliau ditulis di sisi Allah sebagai orang yang bersifat benar...” (HR Bukhari dan Muslim).

Memandangkan sifat ini sangat penting dan ada hubung kait dengan keimanan, maka tidak wajar sama sekali seorang Muslim mengabaikannya begitu saja atau menganggap sebagai remeh. Sesungguhnya memiliki sifat jujur adalah satu kewajipan setiap orang yang beriman.

Hal ini dapat difahami daripada firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 119 yang mafhumnya: “Hai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang yang benar.”

Pada masa kini, ternyata amat sukar mencari orang yang jujur dan dipercayai dalam masyarakat. Ramai yang lalai dan terpengaruh dengan bisikan syaitan, hawa nafsu dan tidak dinafikan ada juga disebabkan kejahilan.


gambar sekadar hiasan dari simpanan portable umi..ekeke - tiada kaitan


Sehingga ada yang tergamak untuk terbabit dengan rasuah, menghalalkan cara, pecah amanah, menabur fitnah dan berdusta demi mencapai hasrat kepentingan peribadi. Keadaan buruk ini sangat membimbangkan dan pasti menjadi lebih parah sekiranya tidak ada usaha memberi penyuluhan dan kesedaran kepada mereka dengan pelbagai saluran

Kita sangat percaya masih ramai yang keliru bahkan tidak tahu mengenai maksud jujur yang sebenar-benarnya mengikut pandangan Islam. Ulama mendefinisikan jujur itu sebagai kesesuaian perkataan dan perbuatan yang dizahirkan mengikut gerak batinnya selama tidak tergelincir daripada landasan syariat. Kesimpulannya, orang yang jujur akan sentiasa memastikan setiap tindakan, percakapan, kelakuan dan sebagainya menepati ajaran Islam. Orang yang jujur sangat benci kepada segala jenis perbuatan ingkar yang mengundang dosa dan kemurkaan Allah.

Kalaupun terlanjur melakukan maksiat, akan segera bertaubat kepada-Nya dengan penyesalan serta dengan rasa takut akan azab Allah. Dia selalu sedar bahawa dirinya sedang diperhatikan oleh Allah SWT. Lantaran itu, orang yang jujur tidak mungkin mengerjakan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam walau saat keseorangan dan tersembunyi.

Imam Al-Ghazali menyenaraikan jenis kejujuran yang perlu diamalkan oleh setiap orang Islam yang benar-benar merindui keredaanNya iaitu:

* Jujur lisan atau perkataan sebagai contoh menepati janji dan sumpah, menjauhi sifat bohong dan menipu;

* Jujur niat dan kehendak iaitu tercetus keinginan untuk beramal penuh ikhlas semata-mata kerana Allah SWT;

* Jujur keazaman dalam melaksanakan sesuatu kerana Allah (yang mana lahirnya semangat untuk melakukan amalan, semangat itu juga lahir kerana Allah);

* Jujur dalam melaksanakan apa yang diazamkan (melakukannya dengan istiqamah dan tidak takut sebarang celaan yang datang, kerana dia melakukannya kerana Allah);
Salam sayang dari,

* Jujur dalam beramal itu sendiri, di mana tidak melakukan amalan zahir yang bercanggah dengan apa yang ada dalam batin (tidak berpura-pura atau hipokrit), dan

* Jujur dalam setiap maqam agama seperti khauf, zuhud, reda, tawakal dan lain-lain.

Semuanya itu terangkum dalam firman Allah yang bermaksud: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan solat serta mengeluarkan zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar” (QS Al-Bayyinah: 5).

Orang yang jujur dan benar, sudah tentu akan mendapat keredaan Allah manakala di sisi masyarakat mendapat sanjungan dan dihormati, dapat membentuk manusia yang saling percaya mempercayai dan berkasih sayang.

Jika saat menghadapi kesulitan, sangat mudah baginya untuk mendapatkan pertolongan. Ini semua akan membuahkan ketenangan yang mendalam di jiwa. Bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: “Tinggalkanlah hal yang membimbangkan kalian menuju sesuatu yang tidak membimbangkan, sesungguhnya kejujuran adalah ketenangan, dan pembohongan adalah kebimbangan” (HR Tarmizi)

Salam saYAng darI,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

4 comments:

d0tbl0gsp0td0tk0m berkata...

pakcik x jujur.... huhuhuhu

mamaarifakeemaisy berkata...

Jujur...herm..tazkirah pagi yng cukup baik..sama2lah kita bermuhasabah diri.. ^_^

Thanks atas ingatan sesama kita!

umminabilah berkata...

selamat hri jumaat...tazkirah yg menarikk..thankss

Suziey Ahmad berkata...

mmg susah nk cari org jujur dan nk jadi jujur..tp at least berusahala utk jadi jujur:)