PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 7 Disember 2010

Apa perlu di lakukan jika bayi anda ceret-beret?



Masalah ceret-beret selalu berlaku pada bayi yang di berikan susu formula. Selalunya ia terjadi kerana beberapa sebab. Antara sebabnya ialah bayi anda alah dengan susu lembu atau botol susu yang kurang bersih .

Akibatnya bayi anda mungkin mengalami ceret-beret yang boleh menyebabkan suhu badan bayi menjadi panas dan kering kerana kehilangan banyak air. Selain dari itu kawasan punggung bayi mungkin menjadi merah dan melecet.

View Image

Apa yang anda perlu lakukan.Selalunya doktor akan meminta anda menukar susu formula tersebut kepada susu berasaskan soya kerana ia lenih ‘lembut’ dengan perut bayi.

Selain dari itu, tukar selalu lampin bayi atau bertukar pada lampin kain . Ia lebih baik kerana bayi lebih selesa dan tidak merengsa kulit bayi yang terdedah dengan bahan kimia yang terkandung di dalam lampin pakai buang. Supaya lampin tidak lembap, anda boleh lapik lampin kain tadi dengan nappy liner.

Sapukan krim atau gantikan dengan tepung ubi untuk mempercepatkan penyembuhan. Sesekali dedahkan atau biarkan bayi anda tidak memakai lampin supaya kawasan punggung tidak lembap.

Selain dari itu, jangan gosok kawasan punggung bayi setiap kali mencuci kawasan tersebut. Hanya alirkan air bersih dan lap .

Itu yang saya lakukan ketika anak saya masih kecil setiap kali mereka ceret-beret.

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

0 comments: