PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 7 Disember 2010

Betulke makan obimin bayi besar??



View Image
Gambar sekadar hiasan, cantik jugak mak buyung ni kan,bila dia nak tambah lagi erk?ekek


Saya teringat masa mengandung dulu ada orang kata makan obimin boleh buat kita susah nak bersalin.

Kata mereka nanti bayi kita besar dan susah nak keluar? Pelik juga tapi mesti ada sebab obimin ni doktor suruh makan.

Sebenarnya makan obimin takkan buat bayi besar. Obimin ni suplemen untuk memastikan kandungan kita sihat dan cukup khasiat untuk pembesarannya.

Walaupun kita mungkin makan makanan yang mengandungi khasiat yang terdapat dalam obimin tapi ia mungkin tidak mencukupi.

Bayi yang besar mungkin di sebabkan ibu yang mengandung mengidap kencing manis atau kandungan gula yang tinggi dalam darah.

Berhati-hati lah juga dengan pemakanan waktu mengandung kerana terlebih mengambil makan yang terlalu banyak gula menyukarkan kita bersalin.

Bukan saja berat kita naik dan susah untuk slim semula malah boleh mengundang masalah bayi besar, kencing manis atau kita mungkin terpaksa bersalin secara ceasarian. Sebaik-baik bersalin ialah secara normal kerana lebih mudah menjaganya waktu dalam pantang.


Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

2 comments:

imanmom berkata...

salam maal hijrah..hish idak le obimin ni bagus untuk anak kita,dulu2 kalau mengandung g check-up dia bg ubat vitamin 4-5 jenis,kalau makan rasa nak temuntah...tapi sekarang dia soh makan obimin je...tapi beli sendiri r kat hospital swasta..klinik kerajaan selalu habis stok..

mamaarifakeemaisy berkata...

salam maal hijrah umidanish!

oooh ye ke..eina dulu takde makan tu pun, taktau lak pasal tu..huhu..

time peknen takde apa2 penyakit, skrg huhu..ada darah tinggi la pulaks..huhu..