PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Rabu, 8 Disember 2010

Malu majikan koyak seluar



Aduhai, itula manusia.. kalau da marah macam2 bole dibuatnya.. tapi salah tuan punya badan jugak.. yang baik sangat perangai tu kenapa nyer.. tak pasal2 tuhan bayar cash.. Jom layan apa kes sebenarnya ni..

Go to fullsize image

Yang ni bukanla seluar yg dikoyakkan oleh majikan yer tuan/puan.. yg ni seluar yang dikoyakkan oleh diri atau pereka fashion yg kononnya "rock" hihih

AMPANG: Akibat malu seluarnya dikoyak di depan majikan lelaki, seorang pembantu rumah membuat laporan polis selepas mendakwa perbuatan itu menjatuhkan air mukanya dalam kejadian di sebuah rumah di Hulu Klang, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 20-an turut dipukul dengan tangan oleh isteri majikannya itu hingga menyebabkan bahu dan dahinya cedera.

Menurut sumber polis, kejadian itu berpunca daripada kehilangan seutas gelang kaki emas milik anak majikannya yang diletakkan di atas almari dalam sebuah bilik di rumah itu.

“Majikan terbabit mendesak dan bertanyakan mangsa sama ada dia mengambil gelang emas itu, namun dinafikan mangsa.

“Bagaimanapun, selepas pemeriksaan, ternyata mangsa mencuri gelang emas itu dan ini menimbulkan kemarahan majikan terbabit,” katanya.

Menurutnya, majikannya memukul untuk memberikan pengajaran kepada mangsa, namun perbuatan seluarnya dikoyakkan di depan suami majikannya itu memalukan mangsa.

“Mangsa yang malu dengan kejadian itu membuat laporan polis.

“Bagaimanapun, siasatan polis mendapati mangsa mencuri gelang emas milik anak majikannya, namun majikan terbabit enggan membuat laporan kerana dia sudah memulangkan barang kemas itu,” katanya.

“Mangsa kini ditahan dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat pembantu rumah itu.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kami sudah memanggil majikannya untuk diambil keterangan,” katanya.

kesimpulannya, buat baik berpada2.. buat jahat jangan sekali.. org da bg kerja ada gaji, jgn la buat pasal plak kan?huhuh,macam2..

sumber: metro

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

2 comments:

d0tbl0gsp0td0tk0m berkata...

tu la.... bila tak de keje.. p mintak keje... dah ada keje... buat perangai plak dah.... ntah le...

NaniRostam berkata...

Wei...brutal majikan tuh....itulah sebab ada bilik tertentu dalam rumah saya maid tak boleh dekat langsung...saya kunci sepanjang masa then semua barang berharga...duit..handbag saya simpan dalam bilik tu. Jadi tak de peluang untuk dia ambek.

Kalau main report polis rasa majikan tu yang salah sebab simpan main tak da permit tuh.