hihhi, apalah umi merepek2 ni. sebenarnya, entry ni adalah permintaan dari ummi hanie. Ummi hanie ada tanya umi beze lampin dulu dgn cd. Umi rasa perbezaannya ada cume tak banYak.. sebaB lampin sekarang iaitu cd adalaH cetusan idea dari lampin dahulu telah di moden dan ditambaikkan ciri2 cd tersebut bagi memudahkan ibu2 zaman sekarang. Ni je le yg dapat umi ceritakan pada kalians.. huhuh..
Cube kita lihat dari sudut design dia..
Lampin dahulu :
perlukan ibu2 melipat2 kain lampin tersebut kebentuk yg ingin dipakaikan. Lipat kemas2, shanteq.. supaya bayi selesa apabila dipakaikan..
Lampin moden (cloth diaper) :
Hanya perlu memasukkan insert kedalam poket cd dan kemaskan insert didalam cd tersebut supaya cd tersebut mudah menjalankan kerjanya menyerap basahan pee bayi tersebut.
Nilai serapan kedua2nya..
Lampin dahulu :
Nilai serapan sangat baik, cume bayi akan cepat terasa basah kerana lampin dahulu tiada lapisan kain yg boleh membuatkan bayi terasa kering tanpa menggunakan bahan kimia tambahan.
Lampin Moden (cloth diaper) :
Nilai serapan amat menakjubkan. Bayi akan terasa basah apabila insert didalam cd tersebut betul2 basah yang teramat kerana cd mempunyai lapisan kain yang dapat melindungi kulit bayi daripada basahan pertama dan kedua dan ke tiga sehingga 4 jam pertama tanpa bahan kimia tambahan diatas kain tersebut.
Kebocoran Lampin..
Lampin dahulu :
kain lampin dahulu memang mudah bocor tetapi ada kemudahan lain untuk mengelakkan kebocoran tersebut dgn memakaikan lapisan plastik cover lampin.. ape erk namanya.. umi pun tak berapa pasti org lain panggil apa cover ni.
Lampin Moden (cloth diaper) :
Tiada kebocoran sekiranya penggunaan cd ini betul dan cara basuhannya juga betul. Cd ini mengandungi lapisan plastik yg dipanggil pul.
SAiz Lampin..
Lampin dahulu :
lampin dahulu perlu diadjust mengikut kretiviti kita, terpulang kita nak bentukkan kain tersebut macamana supaya selada dan mudah dipakai.
Lampin moden (cloth diaper) :
Hanya adjustkan button yg terdapat pada CD tersebut. Sanagt mudah kerana telah direka bentuk dengan design yang moden dan memudahkan para ibu atau bapa memakaikan bayi.
Cara pemakaian..
Lampin dahulu :
Kain lampin dahulu hendaklah dipinkan dibahagian pinggang supaya apabila bayi bergerak aktif lampin tersebut tidak lucut dipakai.
Lampin moden (cloth diaper) :
Hanya buttonkan atau pasangkan sahaja pelekat velcro ke bahagian yang disediakan. tidak akan tertanggal walaupun baby sangat aktif.
erm... tu je la erk buat masa nI, kalau umi rasA ada penaMbahan nnt Umi update la erk..
2 comments:
Salam UmiDanish
thanx 4 this entry ...
insyaAllah sy akan try one day .. x susah sgt kan ??
>> ummi hanie.. insyaallah dipermudahkan olehnyer.. tak susah cume susahnya perlu mengadap poo baby.. ibu2 dulu pun macam ni gakkan.. =)
Catat Ulasan